Saturday, March 25, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum

sambung edisi lepas..

2- Inkar pada kebangkitan

golongan ini mengakui adanya Tuhan..tetapi mereka mengingkari hari kebangkitan. firman Allah:"Dan ia membuat perumpamaan bagi Kami; dan dia lupa kepada kejadiannya; ia berkata: "Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang, yang telah hancur luluh?".(36:78)

Kemudian Allah berfirman lagi:"Katakanlah:Ia akan dihidupkan oleh Tuhan yang menciptakannya kali yang pertama.Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."(36:79)

kesombongan dan keraguan golongan ini juga di sebut oleh Allah, dalam firmannya:" apakah Kami letih dengan penciptaan yang pertama?Sebenarnya mereka dalam keadaan ragu-ragu tentang penciptaan yang baru."

3- Inkar pada rasul,dan menyembah berhala

golongan ini mengakui adanya tuhan, adanya kebangkitan. Tetapi ingkar pada kerasulan dan mereka menyembah berhala. yang mana mereka menganggap berhala ini sebagai yang akan memberi pertolongan di akhirat,menganggap sebagai hadiah untuk tuhan dan sebagainya.

Golongan ini mengingkari kerasulan melalui pertanyaan golongan ini yang tersebut di dalam al-quran:"Dan mereka berkata:Mengapa rasul itu memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar?Mengapa tidak diturunkan kepadanya seorang malaikat agar malaikat itu memberikan peringatan bersama-sama dengan dia?,atau diturunkan kepadanya perbendaharaan, atau ada kebun baginya, yang dia dapat makan dari nya?" Dan orang-orang yang zalim itu berkata: "Kamu sekalian tidak lain hanyalah mengikuti seorang lelaki yang kena sihir".(25:7,8)

dan Allah membalas akan pertanyaan ini dengan firmannya:" Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat."

*habes dah*

kelmarin..gi kelas..cuaca pun ujan renyai..tapi aku jadi pelupa yang teramat pelupa kelmarin..astgahfirullah..:D*sebab jeles ngan org tak gi kelas rr neh!!:D*

1- sebelum kluar rumah..tgk cuaca kat luar ikut tingkap;"oo ujan kat luar,kene bawa payung pula"..payung pun di letak kat depan pintu..dan aku sarapan dulu sebelum kuar..bila siap sarapan..urus diri kejap..dan kluar rumah..kluar jer dr blog tmpt tinggal aku neh..ujan renyai2..nak pakai payung.."ehh mane payung??" tinggal kat umah upe nyer..kene naik tangga semula n amik payung..

2- gi solat jumaat..dah tau ujan..kluar dari rumah..dub dub..lupa lagi bawa payung..kene naik smula..:((

3- makan tengah hari sbelum gi kelas petang..ujan renyai lagik..kelas jam 2..jam tgn aku dah tunjuk jam 1.50..arghh.."lambat dah ni"..gi besiap..kluar jer rumah..nak pakai payung.."TINGGAL LAGIK!!!"..naik semulaa..grrrrr..

i run run like wind gi amik teksi..

0 comments: