Thursday, March 23, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Assalamualaikum..

Jam 5.46, 23 march..(macam laporan jenayah la pula)hehe..tade yang di buat..cuma menambah maklumat maklumat yang perlu di masukkan dalam thesis ku..Ahamdulillah semua berjalan lancar..insya Allah minggu depan nak di sembah kan pada lect untuk cek mana yang perlu buang mana yang tak perlu buang..

huhu..banyak bende kene pikir dah masa nih..kepala aku befikir nak set waktu..bila nak buat ini..bila nak buat itu..nak ulang kaji bile..nak buat thesis bile..ader pakar pengurusan waktu ker yang datang melawat blog ku ini..?..ini baru bahagian study..belum lagi yang lain..yang tak perlu lah di cerita kan..(kontroversi tuh)..:D

so kali ni..kelas rabu hari tuh..ada 3 kelas..minat dua subjek iaitu "pengkajian agama" dan paling best "penterjemahan Nas2 islam ke bahasa English-French-Spanish"..dan tak brapa minat..sebab subjek ni ttg..perbicaraan tentang akidah dan pengikut pengikut..pening eden memikirkan nyer..jd bila dah susah gini..biasa nya aku akan terjemahkan notes tuh ke bahse melayu..jadi hasilnya akan ku masukkan dalam entry kali nie..sesama kongsi ilmu..

sebelum tuuh..iklan pesanan dari penaja kejap..:D

Image hosting by Photobucket

*******************************

Akidah orang arab.........

Ada 3 golongan yang berlainan akidah..

1- Inkar tentang TUHAN,KEBANGKITAN SEMULA

Golongan ini menginkari Tuhan dan kebangkitan..dan mereka berkata kita cuma hidup di dunia saja..dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa sahaja..Allah telah merakam kan golongan ini di dalam Al-Quran;"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup"(45:24)

kemudian yang membinasakan mereka mengikut tanggapan mereka ialah berdasakan pada ayat;"dan tidak ada yang akan membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."(45:24)

dalil kepada kesempitan pemikiran golongan ini jugak telah termaktub di dalam Al-quran antaranya ialah;"Apakah dan tidak memikirkan bahwa teman mereka tidak berpenyakit gila..Dia tidak lain hanyalah seorang pemberi peringatan lagi pemberi penjelasan.Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi"(7:184,185)

*********

panjang dah rasanya..nanti sambung kedua dan ketiga..:D

hingga nanti..

3 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

suka tengok burung2 tu...... bebas dari selsema burung tentunya....Alhamdulillah...

Anonymous said...

aqidah " Ibadhiyah " tak nak sentuh ker

cipthowiryawanchannel said...

insya Allah..bila aku bersedia nailofar..hehe