Thursday, February 23, 2006 | By: cipthowiryawanchannel
Aku dengar orang ceramah dalam tv saudi..tika tuh..aku di bilik..kawan pasang kuat volume tv..hehe..dia kata :

" manusia asalnya tiada di bumi ini..kita asalnya berada di dalam tulang sulbi ayah kita..dan begitu juga ayah kita..asalnya berada di tulang sulbi atuk kita..dan begitulah seterusnya..ketahuilah asal manusia dari tanah"

itu yang aku dapat tangkap..sebab lepas dengar apa yang dia cakap nih..terus aku berpikir..hingga apa yg penceramah tuh cakap selepas tuh..aku tak dapat langsung *sayang betul*..

yang buat aku berfikir ialah..satunya penceramah ni guna bahasa arab..jadi masa dia ceramah ni..bahasanya terlalu lah indah..lain dari yang lain..kalau lah aku bermadah gitu kat bakal awek aku..bahagialah hati hati mereka..tapi itu bukan isu..dan yang isu ialah..cara menyampai dakwah yang baik dan cantik dan lembut..pastinya mudah akan di terima..berbanding..satu cara dakwah yang keras, mengejut dan sebaginya lah..

yang kedua buat aku berfikir..kalaulah semua orang sedar dan tahu cara aplikasi, yang mana manusia ni di ciptakan dari tanah..munkin berani saya katakan..tak da manusia sombong..sebab semua tahu siapa diri masing masing..siapa dirinya di sisi yang Esa..bukan kah itu indah..??

*pause*

esok nak buat mende..jumaat..?

- study
- solat jumaat
- potong rambut (dapat arahan rasmi,dah tangguh baper ari..)
- study

0 comments: